Laman Utama > Bahagian Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan
Bahagian Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan
Unit Perundangan dan Tahanan
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Unit Penyelidikan
- Membuat penelitian dan tindakan-tindakan susulan (follow up actions) ke atas apa jua cadangan ketetapan dan persetujuan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mesyuarat-mesyuarat, seminar-seminar, bengkel-bengkel dalam dan luar negara serta menyelaras tindakan-tindakan tersebut dengan agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan atau pihak-pihak yang berkaitan di dalam dan luar negeri.
- Menyediakan input bagi rang titah dan ucapan-ucapan.
- Membuat penelitian dan tindakan-tindakan susulan (follow up actions) terhadap titah-titah.
- Perkembangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri termasuklah wawasan, visi, misi, cadangan-cadangan kepada isu-isu penswastaan, perluasan bandar, pembuangan sampah, skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampong dan sebagainya.
- Menyediakan laporan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Unit Antarabangsa
- Menyelaras dengan agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan atau pihak yang berkaitan di dalam dan luar negeri bagi penyediaan ‘position paper’ atau yang berkaitan yang ada hubungkait dengan kedudukan dan komitmen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi atau tidak rasmi peringkat serantau dan antarabangsa (SLOM dan sebagainya).
- Meneliti dan mengkaji implikasi bilateral keatas negara-negara yang akan mengadakan perjanjian-perjanjian kerjasama (MOUs), ketetapan-ketetapan dan cadangan-cadangan yang ada kaitan dengan skop dan bidang tugas Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang dibuat dengan agensi Kerajaan yang lain sama ada di dalam dan di luar negara atau dengan pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa.
