gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1445 / 2023

03/10/2023

​Untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1445H / 2023M telah menganjurkan sambutan Majlis Maulidur Rasul pada hari Isnin, 16 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 02 haribulan Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir selaku wakil Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Salminan Bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas yang bertemakan ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’ yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, dari Pusat Da’wah Islamiah.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan penghulu dan ketua kampung, Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis pada tahun ini diungkayahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.