Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2023M di Daerah Temburong telah diadakan pada hari Sabtu, 07 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 23 haribulan September 2023 bertempat di Masjid Kampung Belais Temburong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Kol(B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

