1. Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 telah diadakan pada hari Rabu, 08 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 26 haribulan Julai 2023 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
2. Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023.
3. Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Tahun Bagi Daerah Brunei dan Muara. 4. Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada hari Ahad, 12 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 30 haribulan Julai 2023 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

