gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Raptai Penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk Di Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kali Ke-77

24/07/2023

1. Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Hari Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 telah diadakan pada hari Isnin, 06 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 24 haribulan Julai 2023 bertempat di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar. ​

2. Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023.

3. Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai Daerah Temburong; dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Tahun Bagi Daerah Temburong. 4. Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Daerah Temburong akan diadakan pada hari Khamis, 09 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 27 haribulan Julai 2023 bertempat di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.​​