1. Sambutan Ilal Hijrah 1445 bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan JabatanJabatan di bawahnya anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah diadakan pada hari Isnin, 06 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 24 haribulan Julai 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
3. Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera” yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Muskirsman Safari bin Haji Mustafa, Pegawai Perkembangan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
4. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Ahli Disaster Preparedness Coordinator (DPC), Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan yang terdiri daripada Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam serta Sukarelawan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

