gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Berserta Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Tahun 1444H/2023M Di Daerah Temburong

03/04/2023

1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung telah meneruskan Majlis Bertadarus Al-Quran pada hari Khamis, 8 haribulan Ramadhan 1444H bersamaan dengan 30 haribulan Mac 2023 bertempat di Masjid Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Temburong.

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

3. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku-Pemangku Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk kampung sekitarnya.

4. Majlis dimulakan dengan bertadarus Al-Quran dan Bacaan Tahlil serta Doa Selamat dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi dan penyampaian wakaf berupa barangan elektrik yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Shamsuddin bin Haji Azahari, Imam Masjid Kampung Batu Apoi serta penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

5. Majlis diteruskan dengan sembahyang fardu Asar Berjemaah.

6. Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan disamping menjalinkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya dengan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pemimpin akar umbi serta.