Ceramah Khas ‘Menyemarakkan lagi Kemeriahan di Bulan Ramadhan yang akan menjelang’ anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diadakan di Secara Online, pada 27 Syaaban 1443/30 Mac 2022, Rabu, Jam 9.00 Pagi.
Turut menyertai Ceramah berkenaan adalah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap/Pegawai-Pegawai Kanan/Pegawai-Pegawai/Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Seramai 60 orang telah mengikuti Ceramah ini yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Pg Haji Reduan Bin Pg Haji Badaruddin, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
