gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Yang Akan Menunaikan Fardhu Haji Tahun 1447/2026

25/04/2026

Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan menunaikan Fardhu Haji Tahun 1447/2026 telah diadakan pada hari Sabtu, 07hb Zulkaedah 1447H bersamaan 25hb April 2026M bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis pada hari ini diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Meraih Kesempurnaan Haji’ disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Pegawai Perkembangan Ugama (Pusat Da’wah Islamiah) selaku penceramah jemputan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 16 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan menunaikan Fardhu Haji Tahun 1447/2026 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diakhiri dengan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.