Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1448H/2026M di Daerah Belait telah diadakan pada hari Isnin, 04 Rabiulawal 1448H bersamaan 17 Ogos 2026 bertempat di Masjid Pekan Seria.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Hj Mohd Salleh bin Hj Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara / Penghulu Mukim Bukit Sawat.
Majlis dimulai dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti bacaan Dikir Maulud serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa agar Negara Brunei Darussalam terselamat daripada bala dan segala penyakit.
Objektif majlis diadakan adalah bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan harihari kebesaran Islam dan memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul serta menggalakkan warga kementerian untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.
Turut hadir di majlis tersebut Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

