gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Penyerahan Bangunan Penjara Maraburong Fasa 4

19/09/2026

Majlis Penyerahan Bangunan Penjara Maraburong Fasa 4 telah diadakan pada hari ini bertempat di Penjara Maraburong, Tutong. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Azmi bin Haji Ahmad Ketua Guru Ugama Institusi Penjara Maraburong fasa 1 diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diteruskan dengan penyerahan kunci simbolik oleh wakil daripada syarikat yang dilantik kepada Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, untuk diserahkan kepada Tetamu Kehormat. Seterusnya, kunci simbolik tersebut disampaikan kepada Yang Mulia Awang Bahrin bin Haji Muhammad Yassin, Pemangku Pengarah Penjara. Majlis kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke bengkel, dapur dan blok Penjara berkenaan.

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap – Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara.