SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.
3. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).
4. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).
5. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
6. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. Adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
7. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
9. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
10. Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh
pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat
berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam
keadaan yang baik.
11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
12. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Awang Mohammad Shazry Walliuddin
bin Shamsuddin, Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel
shazry.shamsuddin@moha.gov.bn atau di talian telefon 222 3225 ext. 174 atau 883 1896 pada waktu
pejabat.
13. Tarikh bagi Lawatan ke Tapak Projek / Site Visit:
Hari | Tarikh | Jam |
Khamis | 05 Disember 2024 | 9.30 pagi |
Sabtu | 07 Disember 2024 | 9.30 pagi
|
14. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -
PENGERUSIJAWATANKUASA SEBUTHARGAKEMENTERIAH HAL EHWAL DALAM NEGERIJALAN JAMES PEARCEBANDAR SERI BEGAWAN, BS8610NEGARA BRUNEI DARUSSALAM