Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/7/1.2/2-2024

​KERJA-KERJA MENAIK TARAF BILIK MESYUARAT 1.5 KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI (TAMBAHAN)

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 22/05/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​Yuran Pembayaran: B$5.00 (tidak dikembalikan).

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pemborong-Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas ​   TERBUKA    dalam Kategori    TERBUKA   SAHAJA di Negara Brunei Darussalam.

  2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan Penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

  3. Bagi Syarikat / Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan juga menyertakan salinan sijil pendaftaran Kontraktor Dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.

  4. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pemborong atau Syarikat.

  5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
    PETI SEBUTHARGA,
    Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal DalamNegeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
  6. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.

Attachments
Version: 1.0
Created at 8/05/2024 10:26 PG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 8/05/2024 10:26 PG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //