Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442H bersamaan 07 Ogos 2021M berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, dan ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di negara ini dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai perkara-perkara berikut:-
1. PREMIS-PREMIS MAKANAN
Bagi premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan secara dine-in di premis-premis dan hanya dibenarkan menyediakan makanan untuk dibawa pulang (takeaway) dan delivery saja bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
2. PASAR-PASAR, TAMU-TAMU DAN GERAI-GERAI DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN.
Pasar-pasar, tamu-tamu dan gerai-gerai di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran adalah masih dibenarkan untuk beroperasi denganmematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berjalan pada masa ini. Walau bagaimanapun, Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang beroperasi setiap hari Khamis dan Ahad adalah ditutup bermula hari Khamis, 12 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
3. PREMIS-PREMIS ESTABLISMEN KESIHATAN DAN KECANTIKAN (EKK).
Premis-Premis Establismen Kesihatan dan Kecantikan (EKK) seperti gimnasium, salon kecantikan, kedai gunting rambut, spa dan perkhidmatan urut adalah ditutup bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
4. PROGRAM BANDARKU CERIA.
Semua aktiviti Program Bandarku Ceria termasuk aktiviti berjaja adalah ditangguhkan bermula hari Ahad, 08 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
5. PAWAGAM.
Semua pawagam di negara ini adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan operasi perniagaan bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
6. HIBURAN AWAM TERMASUK PAMERAN JUALAN, BAZAR ATAU EXPO.
Aktiviti bagi mengadakan hiburan awam di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri termasuk pameran jualan, bazar atau expo adalah tidak dibenarkan bermula hari Sabtu, 07 Ogos 2021 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
7. PERINGATAN.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengingatkan pemilik-pemilik / pengusaha- pengusaha / penjaja-penjaja termasuk pengunjung-pengunjung premis-premis makanan, pasar-pasar, tamu-tamu dan gerai-gerai untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan-arahan serta nasihat-nasihat termasuk garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya ingin memaklumkan bahawa ketetapan-ketetapan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa berasaskan kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan juga perkembangan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan-Jabatan berkenaan melalui nombor-nombor perhubungan berikut:-
Perkara Jabatan Nombor Perhubungan Semasa Waktu
Bekerja Di Luar Waktu
Bekerja
Premis-Premis Makanan
Pasar-Pasar, Tamu-Tamu Dan Gerai-Gerai Di Bawah Kawalan Jabatan-Jabatan Daerah Dan Jabatan-Jabatan Bandaran
Jabatan Daerah Brunei dan Muara 2381454 ext 302 8761287
Jabatan Daerah Belait 3348046 8711316
Jabatan Daerah Tutong
4222491
ext 133
7233954
Jabatan Daerah Temburong 5221266
ext 112 7371265
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan 2232324
ext 153 7179900
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria 3340631 8872233
Jabatan Bandaran Tutong 4221009
ext 200 –
Premis-Premis Establismen Kesihatan Dan Kecantikan (EKK) Jabatan Daerah Brunei dan Muara 2382955 7143431
Jabatan Daerah Belait
3334335/6/7
ext 1111/1125
8711316
Jabatan Daerah Tutong
4222491
ext 133
7233954
Jabatan Daerah Temburong 5221266/5
ext 117 7371265
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan 2232324
ext 153 7179900
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria 3330781-5 8872233
Jabatan Bandaran Tutong
4221009
ext 200
–
Program Bandarku Ceria Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan 2232324
ext 131 7179900
Pawagam
Hiburan Awam termasuk Pameran Jualan, Bazar Atau
Expo
Unit Pengawalan Hiburan Awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2240542 –
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam
