Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti AlMarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Qur’an 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80 bagi Tahun 2026 yang diadakan di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
Keberangkatan Baginda berdua dijunjung oleh Penasihat-Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Khatam Al-Qur’an 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Tahun Bagi Tahun 2026, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said; dan PengerusiPengerusi Bersama, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras Bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan dan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta isteri masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan dan diikuti dengan bacaan khatam Al-Qur’an beramai-ramai oleh seramai 1,708 orang peserta yang dipimpin oleh Yang Mulia Muhammad Aryan Raziqin bin Ruslani, Naib Johan Ujian Kelayakan ke Peringkat Lanjutan bagi Pelajar-Pelajar Tahun II Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja Tahun 1446H/2025M. Majlis diikuti dengan bacaan takhtim oleh pegawai-pegawai dan guru-guru ugama dari Jabatan Pengajian Islam dan disusuli dengan bacaan tahlil oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh peserta khatam Al-Qur’an, dipimpin oleh Yang Mulia Muhammad Zakwan bin Hj Mohammad Ameerul Asharaf, Johan Ujian Kelayakan ke Peringkat Lanjutan bagi Pelajar-Pelajar Tahun II 1446H/2025M. Dikir Marhaban dibawakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta pegawai-pegawai dan guru-guru agama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI). Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.
Peserta khatam seramai 1,708 adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah iaitu kategori dewasa lelaki, dewasa perempuan, belia dan beliawanis serta penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja (STAR), kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu dari sekolahsekolah Arab dan Al-Falah, sekolah-sekolah ugama, Skim Khatam Al-Qur’an di bawah umur 10 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan STAR serta penuntut-penuntut sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan institusiinstitusi pengajian tinggi.

