Laman Utama > Bahagian Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Bahagian Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Unit Pentadbiran
- Perkhidmatan Personnel – pengiklanan jawatan / lantikan / kenaikan pangkat / tatatertib / sokongan bintang kebesaran / pingat kehormatan.
- Pengurusan Kemudahan dan Faedah Perkhidmatan – proses bagi cuti-cuti / elaun-elaun / pinjaman, sokongan memangku / menjalankan tugas.
- Failing / Rekod Perkhidmatan / Penerimaan surat-surat.
- Pemeliharan dan Keselamatan Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Unit Kewangan
- Peruntukan Tahunan.
- Pembayaran gaji / elaun / pinjaman serta hal ehwal kewangan yang berkaitan.
- Sistem TAFIS.
- Pengawalan Stor Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Penghapusan barang-barang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Pengawalan dan perbelanjaan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Hasil Pendapatan.
- Pembelian dan pembekalan barang-barang bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Unit Estet
- Mengurus dan melaksanakan pembinaan projek-projek Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang diluluskan dalam Rancangan Kemajuan Negara dan di bawah Peruntukan Tahunan.
- Penyelarasan dengan pihak-pihak yang berkenaan yang terlibat dengan projek-projek Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
- Memantau perkembangan dan kemajuan projek.
- Mengurus dan melaksanakan perkhidmatan pemeliharaan bangunan milik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Unit Perhubungan Korporat
- Jawatankuasa-Jawatankuasa / Lembaga dalam mana Kementerian sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam.
- Sebagai penyelaras ke atas Unit Aduan Pengguna (Feedback Unit).
- Menyelaras penyertaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam aktiviti-aktiviti peringkat kebangsaan.
- Jurucakap Kementerian / Perhubungan dengan media.
- Siaran-siaran akhbar.
- Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan mempromosi aktiviti-aktiviti atau kegiatan-kegiatan kebajikan, keagamaan, kemasyarakatan, sosial dan sukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya seperti lawatan-lawatan kerja atau tidak rasmi Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap ke Mukim-Mukim, Kampong-Kampong serta kawasan-kawasan pedalaman, gotong-royong, kempen kebersihan, membina kemudahan awam, pameran-pameran dan sebagainya.
Unit Pembangunan Kapabiliti
- Perancangan dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengurusan dan perkembangan sumber tenaga manusia (HRM dan HRD).
- Pemprosesan Kursus-Kursus dan Latihan-Latihan.
- Urusetia Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
