BAYARAN PENTADBIRAN PERMOHONAN HIBURAN AWAM
PENGELUARAN LESEN HIBURAN AWAM BERBENTUK ELEKTRONIK (E-LICENSE) MELALUI EMEL
Sukacita memaklumkan bermula 01 April 2020 Bayaran Pentadbiran sebanyak $5.00 bagi permohonan Hiburan Awam akan dikenakan semasa permohonan dibuat, yang mana sebelum ini bayaran ini hanya dikenakan setelah kebenaran lesen diberikan.
Seterusnya dimaklumkan jua, bermula 01 April 2020 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Unit Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan memaklumkan dalam meningkatkan tahap prestasi perkhidmatan kepada orang ramai dengan mengeluarkan Lesen Hiburan Awam berbentuk elektronik (e-license) melalui emel. Dari itu pemohon tidak perlu lagi ke kaunter OneBiz untuk mengambil surat kebenaran atau lesen fizikal (hardcopy) yang digunapakai pada masa ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Talian Darussalam atau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2223225 ext 327, 332, 334 atau 335 (semasa waktu pejabat) ataupun layari http://onebiz.business.gov.bn.

