gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English
Laman Utama > Jabatan-Jabatan > Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan adalah di antara jabatan-jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab selaku Competent Authority bagi Bandar Seri Begawan melalui kuasa Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Brunei Penggal 57.

Jabatan ini ditubuhkan dalam Tahun Masehi 1921 dikenali sebagai Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) bagi melaksanakan peruntukan Undang-Undang Lembaga Kebersihan yang telah berkuatkuasa dalam bulan Januari 1921 sebagai Enakmen 10/1920 yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan dan memberikan perkhidmatan kepada kawasan perbandaran. Dalam Tahun Masehi 1935 nama Lembaga Kebersihan ditukar menjadi Lembaga Bandaran apabila Undang-Undang Lembaga Kebersihan diubah menjadi Undang-Undang Lembaga Bandaran menurut Enakmen 20/1953. Manakala Perintah Tetap (Standing Order) bagi Majlis Mesyuarat Lembaga Bandaran, Brunei ditubuhkan dalam Tahun Masehi 1963 sebagaimana kenyataan S. 97/1963.

Dalam Tahun Masehi 1972 satu perubahan baru telah dibuat kepada Lembaga Bandaran dan Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan apabila Jabatan Bandaran dijadikan satu Jabatan tersendiri yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran yang juga menjadi Pengerusi Mesyuarat Lembaga Bandaran.

Visi:
Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebuah Bandaraya Maju Setanding dengan Bandaraya-Bandaraya Dunia

Misi:
Memantapkan Pengurusan Perkembangan dan Kemajuan Bandar Seri Begawan

Pelan Perancangan Strategik Jabatan Bandar Ser​​i Begawan Bagi Tahun 2005-2025

  • Matlamat I – Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebagai Sebuah Bandaraya
  • Matlamat II – Bandar Seri Begawan Sebagai Pusat Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara
  • Matlamat III – Menatapkan Imej Bandar Seri Begawan Sebagai Tempat Yang Selamat, Mesra Dan Selesa
  • Matlamat IV – Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebagai Destinasi Pelancongan Yang Menarik Dan Indah Dengan Ciri-Ciri Keunikan Yang Istimewa Serta Mempunyai Kebudayaan, Khazanah Dan Warisan Sejarah Yang Tersendiri
  • Matlamat V – Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebagai Sebuah Bandar Yang Dinamik, Vibran Dan Unggul
  • Matlamat VI – Menjadikan Bandar Seri Begawan Sebagai Bandar Dalam Taman (City In The Garden) Dan Yang Mempunyai Alam Sekitar Yang Bersih Dan Bebas Pencemaran
  • Matlamat VII – Bandar Seri Begawan Sebagai Pusat Perniagaan Dan Perdagangan, Dan Kewangan Yang Berdaya Maju Dan Berdaya Saing
  • Matlamat VIII – Menyediakan Reka Bentuk, Pembinaan, Operasi Serta Pemeliharaan Prasarana Yang Serba Terancang, Mencukupi, Bersesuaian Dan Mesra Alam.
  • Matlamat IX – Menjadikan Bandar Seri Begawan Mempunyai Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Yang Efisien
  • Matlamat X – Memantapkan Pentadbiran Pengurusan Dan Keupayaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Ke Arah Yang Lebih Efisien Dan Efektif

Laman sesawang rasmi:

bandaran-bsb.gov.bn

 

Alamat Persur​​atan​

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan Perdana Menteri BA1512
Negara Brunei Darussalam

 

Maklumat ​Perhubungan

No. Telefon: +673 2381581
No. Faks: +673 2229124
E-mel: info@bandaran-bsb.gov.bn
Instagram: @jabatanbandaran.bsb