Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria adalah salah satu Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Pada awalnya, Lembaga Bandaran dikenali sebagai Lembaga Kebersihan (Sanitary Board), dimana Lembaga tersebut mula diperkenalkan di Kuala Belait pada awal tahun 1930an iaitu berpandukan kepada “Sanitary Enactment 10/1920”. Manakala Pekan Seria dimasukkan di bawah kawalan Lembaga Kebersihan pada tahun 1936.
Mulai tahun 1953 Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) dinaikkan tarafnya kepada Lembaga Bandaran (Municipal Board).
Pada tahun 1930an hingga 1953 Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria adalah di bawah pentadbiran Penolong Residen British, tetapi selepas itu sehingga 31hb Oktober 1985 ianya di bawah kawalan Pegawai Daerah Belait.
Mulai 1 November 1985, pentadbiran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Ketua jabatan berstatus penuh.
Visi:
Ke arah Perbandaran Kuala Belait dan Seria yang sentiasa Indah, Maju, Makmur dan Sejahtera
Misi:
Untuk mentadbir dan mengurus perkembangan dan kemajuan perbandaran Kuala Belait dan Seria dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sepertimana juga Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan Jabatan Bandaran Tutong mempunyai peranan sebagai sebuah pejabat yang memberikan perkhidmatan perbandaran bagi kepentingan para penghuninya serta para pengunjung ke kawasan perbandaran menerusi fungsi dan peranan bahagian-bahagian/unitnya.
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria selain itu juga berperanan selaku urusetia kepada Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Laman sesawang rasmi:
Alamat Persuratan
Bangunan Utama
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan McKerron
Kuala Belait KA1131
Negara Brunei Darussalam
Maklumat Perhubungan
No. Telefon: +673 3330781-85
No. Faks: +673 3331877
E-mel: info.jbkbs@bandaran-kb.gov.bn
Instagram: @bandarankbseria

