Jabatan Bandaran Tutong
Jabatan Bandaran Tutong adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Kawasan Lembaga Bandaran yang ada pada masa ini telah diisytiharkan pada 13 November 1929, di bawah peruntukan Seksyen 3 ‘Sanitary Boards Enactmant’,1920. Pada ketika itu, kawasan berkenaan dikenali sebagai ‘Sanitary Board Area’.
Pada tahun 1970,’Sanitary Board’ ditukar menjadi Lembaga Bandaran Tutong dan Pegawai Daerah Tutong dilantik selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong sekaligus menjadi ketua Jabatan bagi Jabatan Bandaran Tutong.
Pembentukan ‘Sanitary Board’ pada asalnya bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu terutama sekali dari aspek penjagaan kebersihan dan kawalan kemajuan bagi kawasan perbandaran yang telah diisytiharkan.
Kawasan Lembaga Bandaran Tutong pada masa ini hanyalah berkeluasan lebih kurang 0.024 km2) yang merupakan sebuah kawasan pekan kecil yang bermula dari sebahagian Kg. Petani berdekatan bekas panggung wayang lama(bangunan tersebut telah dirobohkan ) dan digariskan naik ke Bukit Bendera hingga berdekatan dengan Taman Permainan Kanak-Kanak Bukit Bendera berdekatan dengan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan manakala sempadan bahagian bawah bermula dari kawasan Masjid Hassanal Bolkiah melintasi Jalan Enche Awang dan juga sebahagian daripada Kampong Petani.
Visi:
Kearah perbandaran Tutong yang sentiasa indah, maju, makmur dan sejahtera
Misi:
Untuk mentadbir dan mengurus perkembangan dan kemajuan perbandaran Tutong dengan penuh dedikasi dan cemerlang
Matlamat Jabatan
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan warga perbandaran melalui pentadbiran dan pengurusan pembangunan dan kemajuan kawasan perbandaran yang efisien dan efektif
- Menjadi pemangkin kepada kegiatan perekonomian kawasan perbandaran (Pro Business)
- Peningkatan serta pemantapan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan dalam kawasan perbandaran
- Mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan sumber tenaga jabatan
- Meningkatkan hasil kutipan dan pendapatan negara melalui cukai bangunan. bayaran lesen perniagaan dan sewa petak-petak tamu mingguan, gerai-gerai makan dan juga pasar malam
- Membantu mengekalkan perpaduan, keharmonian, kesepakatan, keselamatan dan keselesaan hidup bermasyarakat dan bernegara
Laman sesawang rasmi:
Alamat Persuratan
Jabatan Bandaran Tutong
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tingkat 2, Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan
Bukit Bendera, Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam
Maklumat Perhubungan
No. Telefon: +673 4221009
No. Faks: +673 4260832
Instagram: @bandaran_tutong

