gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English
Laman Utama > Jabatan-Jabatan > Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Sejarah Ringkas

Perkhidmatan memadam kebakaran atau Perkhidmatan Bomba telah wujud di Brunei Darussalam dibawah Pentadbiran Pasukan Polis Brunei iaitu sebagai satu tugas tambaha disamping tugas utama Pasukan Polis untuk mengawal keamanan dan keselamatan. Menurut maklumat bertulis yang diketahui setakat ini iaitu melalui satu Memorandum Commissioner of Police, Brunei yang ditujukan kepada The State Secretary, Brunei, Ref:BP.1/28/3 bertarikh 1 Disember 1960 dengan tajuk FIRE SERVICES ada menyebutkan mengenai sejarah penubuhan awal Pasukan Bomba pada 1 Januari 1960 dengan rasminya ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan yang berasingan daripada Pasukan Polis dengan memindahkan seramai 36 orang Anggota Polis yang dipilih termasuk seorang Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor yang dilantik selaku Superintendent of Fire Brigade (Inspektor Mohammad)
Menjaga keamanan dan keseamatan adalah tugas utama Pasukan Polis, walaubagaimana pun pada masa dahulu tugas mereka juga merangkumi memadam kebakaran, Maka satu unit pemadam kebakaran telah dibentuk dibawah kawalan Pasukan Polis yang terdiri dari anggota-anggota Polis bagi tujuan memadam kebakaran.
Dengan kewujudan Unit Pemadam Api dibawah kawalan Pasukan Polis beberapa orang Anggota Polis telah diserapkan sebagai anggota tetap bagi melaksanakan tugas-tugas memadam kebakaran dan juga bersedia di lapangan terbang jika ada ketibaan kapal terbang ketika itu.
Setelah Jabatan Pasukan Bomba diwujudkan dan berpisah daripada Pasukan Polis untuk menjadi satu Jabatan, tugas utama atau core duty Pasukan ini masih dikekalkan bagi tujuan memadam kebakaran, menyelamat nyawa dan harta benda iaitu seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 1966 sehinggalah dibuat pindaan Akta Perkhidmatan Bomba Pindaan 2002, skop bidang tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba telah diperluaskan kepada menyelamat dan menangani apa-apa jua kecemasan.
Dalam mengemaskan lagi pentadbiran Pasokan Bomba yang baru dibentuk itu, pada pertengahan tahun 1963 seorang pegawai pinjaman dari Perkhidmatan Bomba Hong Kong Mr. Lam Soo Man telah dilantik untuk mengetuai Pasukan Bomba Negeri Brunei dengan Jawatan Pengawal Bomba Negeri Brunei sehingga 1969.

Melaluli kepimpinan pegawai pinjaman dari Hong Kong ini yang telah berkhidmat dalam tempoh 6 tahun (sehingga tahun 1969), perkembangan Perkhidmatan Bombatelah bermula dengan memperkenalkan Undang-Undang Pasokan Bomba (Fire Services Enactment) yang telah diluluskan pada 4 ogos 1966. Melalui undang-undangini diperjelaskan bidang tugas Pasokan Bomba dibawah Bab 7.

Diawal penubuhannya Pasokan Bomba telah ditadbir silih berganti oleh Pegawai Pasokan Bomba yang terdiri daripada pegwai-pegawai pinjaman (expatriate) yang didatangkan daripada Hong Kong dan United Kingdom sehinggalah penhujung tahun 1980. Mula pada tahun1981 anak tempatan telah diberi kepercayaan untuk memimpin Pasokan Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir Jabatan sehingga sekarang. Anak tempatan yang pertama menjawat jawatan Pengawal Pasokan Bombaialah Dato Paduka Awang Haji Yaakob bin haji Mohd Yussof.

Pada 9 November 1987 nama Pasokan Bomba ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bombadan seterusnya 9 Mac 2006 nama Jabatan Perkhidmatan Bomba ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat selaras dengan pembangunan negara dan kemajuan ekonomi yang banyak menjurus kepada tugas menyelamat yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Seta Awang Haji Mohd Yussof

Visi:
Bekerjasama Dengan Masyarakat Bagi Melindungi Apa Yang Mereka Hargai

Misi:
Mengurangkan Kadar Kejadian Akibat Kebakaran dan Bertindak Dengan Cara Profesional Bagi Menangani Apa-Apa Jua Panggilan Kecemasan

Tugas-tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah untuk mengambil langkah-langkah yang disahkan oleh undang-undang yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) Bahagian II Bab 7 iaitu:

  • Memadamkan, Melawan, Mencegah dan Mengawal Api.
  • Menjaga keselamatan awam dan harta benda jika berlaku kebakaran.
  • Mencegah kebakaran.
  • Menyiasat tentang sebab, punca dan keadaan kebakaran.
  • Melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk melindungi nyawa dan harta benda dalam sebarang bencana.
  • Memberi nasihat mengenai langkah-langkah perlindungan kebakaran dan bahaya kebakaran.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang mungkin dibebankan ke atas mereka.

Adakah dimestikan premis-premis perniagaan untuk dibuat pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat?
Ya

Bagaimanakah cara saya membuat permohonan untuk premis saya diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas mendaftar di ROCBN?
Premis awda akan diperiksa oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam yang akan dikendalikan oleh Bahagian Pencegah Kebakaran setelah mendapat senarai nama pendaftar daripada pihak ROCBN melalui email.

Bagaimana sekiranya kawasan yang saya miliki berdekatan dengan pili bomba?
Jika Pengarah Bomba dan Penyelamat berpendapat kawasan berkenaan memerlukan Plat untuk menunjukkan lokasi pili Bomba MAKA 7 HARI NOTIS akan diberikan kepada pemilik kawasan berkenaan memaklumkan sekitar kawasan TERMASUK HARTA BENDANYA, JIKA PERLU, AKAN DIUBAHSUAI.

Apakah tindakan bagi sesiapa yang TIDAK MEMBENARKAN atau MENGHALANG pemasangan plat pili Bomba?
Sesiapa yang TIDAK MEMBENARKAN atau MENGHALANG pemasangan plat pili Bomba akan MENJADI SATU KESALAHAN DAN DIDENDA. Sabit Kesalahan PERTAMA BND$1000 ATAU Sabit Kesalahan KEDUA BND$3000 dan DIPENJARA 6 BULAN.

Apakan tindakan bagi sesiapa saja yang melakukan atau memberikan LAPORAN PALSU?
SESIAPA SAJA yang SENGAJA memberikan LAPORAN PALSU mengenai kebakaran atau bencana lain MENJADI SATU KESALAHAN dan DIDENDA BND$5000 ATAU DIPENJARA 3 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Apakah tindakan bagi sesiapa yang MEROSAKKAN, MENYEMBUNYIKAN, AKTIF atau MEMATIKAN mana-mana sistem perlindungan kebakaran TANPA ALASAN YANG MUNASABAH?
SESIAPA SAJA yang MEROSAKKAN, MENYEMBUNYIKAN, AKTIF atau MEMATIKAN mana-mana sistem perlindungan kebakaran TANPA ALASAN YANG MUNASABAH MENJADI SATU KESALAHAN dan DIDENDA BND$5000.

Apakah harus kita lakukan sekiranya hendak mencadangkan kawalan kerja-kerja keselamatan kebakaran dilakukan?
Sesiapa yang mencadangkan kawalan kerja-kerja keselamatan kebakaran MAKA dikehendaki unutk MENDAPATKAN KEBENARAN daripada Pengarah Bomba dan Penyelamat bagi kebenaran, SEBELUM ITU, pencadang dikehendaki MELANTIK ORANG YANG BERKELAYAKAN (QP [QUALIFIED PERSON]) bagi menyediakan pelan kerja-kerja keselamatan kebakaran.

Apakah tindakan sekiranya makluman mengenai kawalan kerja-kerja keselamatan kebakaran didalam permohonan didapati PALSU?
Pengarah boleh MEMBATALKAN apa jua pelan yang telah diluluskan jika:
– Apa-apa MAKLUMAT DIBERIKAN di dalam permohonan didapati PALSU.
– Apa-apa PENGISYTIHARAN BERTULIS yang dihadapkan oleh ORANG YANG BERKELAYAKAN (Q.P) juda didapati PALSU.

Pengarah TIDAK BOLEH MEMBATALKAN apa jua pelan yang telah diluluskan MELAINKAN
– Pengarah memberikan NOTIS PEMBATALAN kepada orang yang bertanggungjawab di dalam kerja-kerja keselamatan kebakaran
–  NOTIS bertulis HENDAKLAH DIPAYUHI dalam tempoh masa yang ditetapkan ATAU
– Sesiapa yang GAGAL MEMATUHI SYARAT-SYARAT yang ditetapkan di dalam notis bertulis juga MENJADI SATU KESALAHAN.

KEPUTUSAN UNTUK MEMBATALKAN apa jua pelan kerja-kerja keselamatan kebakaran AKAN MENGAMBIL KESAN seperti berikut:
– Akan ditarik balik dan menjejaskan Sijil Keselamatan Kebakaran (Fire Safety Certificate) yang telah dikeluarkan dan
– Akan ditarik balik dan menjejaskan Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) yang telah dikeluarkan.

Apakah tindakan sekiranya bangunan tersebut di ubah suai yang boleh menyebabkan laluan jalan keluar menjadi sukar digunakan jika berlaku kebakaran atau membahayakan nyawa dan harta benda?
APA JUA perkara atau keadaan yang berkemungkinan besar BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN ATAU BAHAYA kepada NYAWA dan HARTA BENDA yang disebabkan oleh cetus kebakaran TERMASUK:-
– APA JUA PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN yang MELANGGARI PERATURAN yang mana boleh MENYEBABKAN LALUAN JALAN KELUAR menjdai LEBIH SUKAR DIGUNAKAN pada waktu kecemasan.
– Terlalu ramai penghuni bangunan sehingga menyebabkan KESESAKAN (OVERCROWDING)
– APA JUA PEMBUANGAN (REMOVAL) yang berkaitan dengan langkah-lankah KESELAMATN KEBAKARAN dari APA JUA BANGUNAN
– MENGAHALANG atau SUKAR MENGGUNAKAN pada waktu kebakaran:
LALUAN KELUAR (ESCAPE ROUTES)
TEMPAT LALU ( PASSAGEWAYS)
SABIT KESALAHAN diatas ……………………………

ALAT PEMADAM API

Sampai bilakah Alat Pemadam Api Saya dapat digunakan?
Jika Alat pemadam Api tersebut masih berfungsi, awda boleh mengikuti tiga langkah seperti berikut:

– Periksa tarikh pengeluaran – semua Alat Pemadam Api yang direka akan mempunyai tarikh pengeluaran yang disenaraikan pada label atau tercetak pada Kanister itu. Sesetengah Alat Pemadam Api memerlukan isian semula atau diubah suai selepas lima atau enam tahun. Jika Alat Pemadam Api awda lebih lama daripada itu, awda boleh lah menghubungi syarikat-syarikat yang dilantik dan diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam untuk dibuat pemeriksaan.
– Semak untuk pemeriksaan Tahunan – Alat Pemadam Api awda perlu diperiksa setiap bulan. Setiap Alat Pemadam Api, harus ada tag yang menunjukkan bilakah pemeriksaan telah dijalankan oleh syarikat berlesen setiap tahun sejak tarikh pengeluaran. Jika Alat Pemadam Api awda didapati mansuh seperti yang tertera pada tag tersebut, atau pun mengalami kerosakan, awda boleh menghubungi syarikat-syarikat yang dilantik dan diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam bagi pengisian semula atau pun membaik pulih Alat Pemadam Api berkenaan.
– Semak untuk penyelenggaraan dalaman yang diperlukan – Seperti yang dinyatakan oleh National Fire Protection Association (NFPA), penyelenggaraan dalaman dilakukan pada selang tertentu adalah untuk memastikan integriti dalam pemadam. Alat Pemadam Api jenis air dan Alat Pemadam Api jenis Karbon Dioksida (CO2) harus diuji dengan tekanan (hydrotested) setiap lima tahun. Manakala Alat Pemadam Api jenis Debu Kering (Dry Powder) perlu diuji dengan tekanan setiap12 tahun.

Jika awda tidak pasti dengan langkah-langkah yang tersebut di atas, atau masih tidak pasti sama ada Alat Pemadam Api awda berada dalam keadaan yang baik atau tidak, sila hubungi ke Pejabat Pencegah Kebakaran di daerah masing-masing untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan membantu awda dengan selamat bagi menggantikan Alat Pemadam Api awda.

Dimanakah tempat yang sesuai untuk saya letakkan Alat Pemadam Api?
Syarat-syarat pemasangan Alat Pemadam Api:
1. Alat Pemadam Api hendaklah diletakkan di lokasi yang mudah dilihat, dicapai dan diakses di laluan melarikan diri, sebaik-baiknya berhampiran pintu keluar serta dilengkapi dengan dengan tanda pemasangan Alat Pemadam Api.
2. Alat Pemadam Api hendaklah digantung 1 meter dari paras lantai dan tidak boleh terhalang oleh benda-benda atau digunakan sebagai penahan pintu.

Berapa jarak untuk penempatan Alat Pemadam Api satu dengan yang lainnya?
Jarak Alat Pemadam Api satu dengan yang lainnya ialah 15 meter atau ditentukan oleh pegawai pemeriksa yang dilantik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei dengan melihat keadaan ruang tersebut.

Di mana saya boleh membeli Alat Pemadam Api, adakah pihak Bomba ada menjual Alat Pemadam Api?
Pihak Bomba tidak ada menjual Sistem Pencegah Kebakaran termasuk Alat Pemadam Api tetapi awda bolehlah merujuk kepada syarikat-syarikat yang telah dikitiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Untuk mendapatkan senarai nama syarikat yang telah dilantik, awda boleh lah menghubungi ke Bahagian Pencegah Kebakaran di daerah masing-masing.

Apakah jenis Alat Pemadam Api yang sesuai saya letakkan di dapur?
Awda boleh mengadakan Alat Pemadam Api 1 x 2.0 Kilogram, jenis Karbon Dioksida (CO2) atau 1 x 4.5 Kilogram, jenis Debu Kering (Dry Powder).

SELIMUT API

Apa dia Selimut Api (Fire Blanket) dan bila ianya digunakan?
Selimut Api atau Fire Blanket adalah salah satu alat yang digunakan untuk memadamkan api yang di letakkan di bahagian dapur. Selimut Api merupakan sebuah selimut/kain yang terbuat dari bahan khusus yang digunakan untuk memadamkan api dengan cara menyelimuti api, biasanya digunakan ketika berlakunya kebakaran akibat minyak masak di dapur.

Apakah ukuran Selimut Api yang sesuai digunakan?
1. Ukuran Selimut Api yang diggunakan bagi bangunan-bangunan domestik adalah 1.2 meter x 1.2 meter
2. Ukuran Selimut Api yang digunakan bagi restoran-restoran adalah 1.2 meter x 1.8 meter.
3. Ukuran-ukuran berkenaan adalah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam berpandukan PBD: 12

TEMPAT PERKUMPULAN / ASSEMBLY POINT

Apa maksud dengan tempat Perkumpulan (Assembly Point)?
Ia adalah kawasan di mana kakitangan dan lain-lain boleh melaporkan bahawa mereka adalah selamat. Ini boleh menjadi tempat letak kereta atau kawasan kosong yang jauhnya lebih 50 meter ke 100 meter dari bangunan awda. Seseorang perlu menjadi ‘in charge’ (marshall) supaya apabila anggota Bomba dan Penyelamat tiba, mereka boleh beritahu sesiapa yang tinggal di dalam bangunan atau hilang.

Faktor lain bagi mengadakan tempat perkumpulan seperti berikut perlu diambil perhatian:
1. Tempat Perkumpulan hendaklah diadakan ditempat kawasan yang rata.
2. Tidak boleh mengadakan Tempat Perkumpulan yang memerlukan untuk menyeberang Jalan Raya.

ALAT PENGESAN ASAP

Adakah saya perlu memasang Alat Pengesan Asap di rumah saya dan di mana hendak memasangnya?
Ya, Alat Pengesan Asap jenis kuasa tersendiri atau Self Contained Smoke Detector yang mana ianya berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri perlu dipasang di luar dapur. Ia mengesan jika terdapat kebakaran dari dapur dan ia akan amaran kepada orang-orang di dalam rumah. Pengguna adalah diingatkan untuk menukar bateri Alat Pengesan Asap dengan kerap.

LIF

Mengapakah lif tidak dapat digunakan semasa berlakunya kebakaran?
Prosedur penggunaan lif, apabila berlakunya kebakaran, lif tersebut akan terus turun ke tingkat bawah apabila Alat Penggera Kebakaran berbunyi kecuali lif Bomba (Firemen Lift) yang mana ianya berfungsi apabila ditekan butang ‘Fireman Switch Mode’ yang digunakan oleh Anggota Bomba dan Penyelamat sahaja untuk memadam Kebakaran. Lif semasa kebakaran tidak boleh digunakan bagi mengelak daripada terperangkap apabila asap serta haba memasuki ruang lif.

LIQUID PETROLEUM GAS

Berapa jarak diantara Liquid Petroleum Gas (Tong gas) dengan tambak dan berapa jumlah tong gas yang dibenarkan untuk diletakkan di dalam dapur?
Jarak diantara Liquid Petroleum Gas (Tong gas) dengan tambak adalah 1.5 meter dan jumlah tong gas yang dibenarkan adalah sebanyak 2 tong gas sahaja dengan berat 14 Kilogram.

Walau bagaimanapun, jika sekiranya penggunaan memerlukan melebihi daripada 2 tong gas, seperti untuk kegunaan di restoran-restoran, dikehendaki untuk menngunakan tong Domestik (Komersil Liquid Petroleum Gas), berat 40 Kilogram dengan menggunakan saluran Gas (Cooper Piping) yang dibuat di luar bangunan (expose) bagi memudahkan pengesanan kebocoran serta mempamerkan NOTIS AMARAN dalam dua (2) bahasa seperti di rajah berikut:

PINTU KELUAR

Bolehkah saya mengunci pintu keluar di bahagian belakang premis saya yang mana ianya seringkali berlakunya kejadian kecurian?
Boleh tetapi awda hendaklah menggantung kunci tersebut berdekatan dengan pintu berkenaan dan memastikan agar kunci tersebut dapat digunakan jika berlakunya kebakaran.

FOCAL POINT

Siapa yang harus saya hubungi jika hendak bertanyakan maklumat mengenai dengan Keselamatan Kebakaran?
Awda bolehlah menghantar email ke firesafetydivision@bomba.gov.bn atau menghubungi ke talian 2380402 Ext.300, Bahagian Pencegah Kebakaran.

Laman sesawang rasmi:

fire-rescue.gov.bn

 

Alamat Persur​​atan​

Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Landasan Lama Berakas, BB3510,
Negara Brunei Darussalam

 

Maklumat ​Perhubungan

No. Telefon: +673 2380409, 2380454, 2380961, 2380385, 2383315
Instagram: @bfrd.995