Laman Utama > Iklan > KHEDN/42/1.1/3-2026
KHEDN/42/1.1/3-2026
Tawaran Sebutharga Bagi Membekalkan Dan Menghantar Barang-Barang Keperluan Dapur Dan Kereta Kerajaan Di Dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dan masa ditutup
07/10/2026 2:00 PM
Maklumat Perhubungan
Unit Pengurusan Estet dan Stor, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
- Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.
- Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Dolar Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pada waktu bekerja seperti berikut:
HARI JAM Isnin hingga Khamis 8:00 pagi hingga 11:00 pagi 1:45 petang hingga 3:00 petang Sabtu 8:00 pagi hingga 10:30 pagi Tutup - Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pada waktu bekerja seperti berikut:
- Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
- Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. Adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
- Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
- Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
- Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
- Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
- Bagi pertanyaan dan penjelasan lanjut bolehlah menghubungi pada waktu pejabat seperti berikut:
- Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada:
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI BEGAWAN,BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
| HARI | JAM | |
|---|---|---|
| Isnin hingga Khamis | 8:00 pagi hingga 11:00 pagi | 1:45 petang hingga 3:00 petang |
| Sabtu | 8:00 pagi hingga 10:30 pagi | Tutup |
| Nama | Emel | Telefon |
|---|---|---|
| Ashidah binti Haji Hussin | Ashidah.hussin@moha.gov.bn | 2223225 ext 175 |
| Siti Nor Alam binti Awang Haji Mohamad | Noralam.mohammad@moha.gov.bn | 2223225 ext 171 |
