KHEDN/LTK/2026-10
Tarikh dan masa ditutup
Maklumat Perhubungan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Tarikh Tutup / Jam:
Selasa
29 September 2026
Jam 2.00 petang
Tempat Menghantar Tawaran:
Peti Tawaran
Tingkat Bawah, Lobi
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
- Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.
- Borang tawaran berjumlah B$30.00 hendaklah dibayar di kaunter pembayaran, tingkat bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan resit asal pembayaran hendaklah disertakan bersama borang tawaran.
- Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam dan boleh diperolehi di Unit Pengurusan Estet, tingkat bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan pada jam 08:00 pagi – 11:00 pagi dan 01:45 petang – 03:00 petang (waktu hari bekerja).
- Borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang bekerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
- Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik.
- Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Tawaran dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
- Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang ditujukan kepada:-
PENGERUSI
LEMBAGA TAWARAN KECIL
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI BEGAWAN.BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
- Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat pada hari Selasa, 29 September 2026, jam 2.00 petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
- Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong
angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat. - Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel upes@moha.gov.bn atau di talian telefon 2223224 ext 174 pada waktu pejabat.
PERINGATAN – Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran atau kontrak diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispanduan di dalam Peraturan-Peraturan Kewangan, 2022. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
