gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1448H/2026M DI DAERAH TUTONG

15/08/2026

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1448H/2026M di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Sabtu, 02 Rabiulawal 1448H bersamaan 15 Ogos 2026 bertempat di Masjid Kampung Sinaut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Kesejahteraan Masyarakat), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulai dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti bacaan Dikir Maulud serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa agar Negara Brunei Darussalam terselamat daripada bala dan segala penyakit.

Objektif majlis diadakan adalah bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan harihari kebesaran Islam dan memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul serta menggalakkan warga kementerian untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Turut hadir di majlis tersebut Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.