gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1444H/2022M Di Daerah Tutong

10/10/2022

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1444H/2022M di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Rabu, 09 haribulan Rabiulawal 1444 bersamaan dengan 05 haribulan Oktober 2022 bertempat di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.