gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1444H/2022M Di Daerah Brunei Dan Muara

10/10/2022

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1444H/2022M di Daerah Brunei dan Muara telah diadakan pada hari Khamis, 10 haribulan Rabiulawal 1444 bersamaan dengan 06 haribulan Oktober 2022 bertempat di Masjid Kampong Katimahar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.