gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1444H/2022M Di Daerah Temburong

10/10/2022

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1444H/2022M di Daerah Temburong telah diadakan pada hari Isnin, 07 haribulan Rabiulawal 1444 bersamaan dengan 03 haribulan Oktober 2022 bertempat di Masjid Kampung Labu Estate, Mukim Labu, Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, PegawaiPegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta PenghuluPenghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.