Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan menunaikan Fardhu Haji Tahun 1444/2023 telah diadakan pada hari Sabtu, 07 haribulan Zulkaedah 1444 bersamaan 27 haribulan Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Ibadah Haji Antara Syariat Islam Yang Memerlukan Pengorbanan” disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Mulok, Dekan Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan selaku penceramah jemputan.
Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan kutipan derma kepada 13 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan menunaikan Fardhu Haji Tahun 1444/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

