1. Majlis Ibadah Korban bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan JabatanJabatan di bawahnya anjuran Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah diadakan pada hari Sabtu, 12 haribulan Zulhijah 1444 bersamaan dengan 01 haribulan Julai 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
2. Sebanyak tiga (03) ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini yang mana daging-daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada penerima asnaf / fakir miskin di bawah tadahan Mukim Berakas, Daerah Brunei dan Muara; pesertapeserta Ibadah Korban; dan warga kerja Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat Majlis.
3. Majlis turut diserikan dengan bacaan Takbir Hari Raya yang dibawa oleh Kumpulan Takbir Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, dan seterusnya Ceramah Khas Sempena Majlis Ibadah Korban yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah.
4. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan PegawaiPegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

