gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, BACAAN RATTIB AL ATTAS, SELAWAT TAFRIJIYYAH DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN PENUKARAN NAMA BANDAR BRUNEI KEPADA BANDAR SERI BEGAWAN KALI KE-56 BAGI TAHUN 2026

08/10/2026

Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali ke-56 Tahun Bagi Tahun 2026 telah diadakan pada hari Khamis, 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah bersamaan dengan 08 Oktober 2026 Masehi, bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut.

Bacaan Khatam dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Zulhelmi Hashim bin Jainudin, penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala Bacaan Takhtim, Doa Khatam dan Selawat Tafrijiyyah dibacakan oleh Yang Mulia Imam Md hasnal bin Hj Mohamad, Pegawai Masjid Omar Ali Saifuddien, Bacaan Ratib Al-Attas, Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh B.Mudim Hj Amran bin Hj Md.Salleh, Pegawai Masjid Omar Ali Saifuddien.

Seramai 339 orang peserta Khatam yang terdiri daripada gabungan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) serta penuntut Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Sultan Sharif Ali, pihak swasta termasuk Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kumpulan Muslimah Meraih Barkah, Biro Wanita dan Majlis Perundingan Kampong Tungku turut menyertai pembacaan Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang bertujuan memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei dan sambutan pada tahun ini adalah merupakan sambutan kali ke-56 Tahun. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengembangkan usaha berterusan memperkukuh agama Islam di Bandar Seri Begawan, serta menampilkan imej bandar yang baik dan indah, selaras dengan kedudukannya sebagai Bandar Negara Melayu Islam Beraja dan Bandar Negara Zikir.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Wakil Daerah, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatanjabatan di bawahnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat Daerah.