Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bagi Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1447H/2026M telah diadakan pada hari Rabu, 14 haribulan Ramadan 1447H bersamaan dengan 04 haribulan Mac 2026 bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yasin dan Tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Yang Mulia Muhd. Arif bin Haji Johari, Imam Tingkat I.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di Kalangan Penghulu dan Ketua Kampung, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat daerah.

