gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Kelolaan Jabatan Penjara 1444H/2023M

11/04/2023

1. Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya kelolaan Jabatan Penjara 1444H/2023M telah diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat 6, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

3. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyah yang diketuai oleh Ustaz Fariszal bin Ali dan seterusnya Ceramah Khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian dengan Petunjuk Al-Quran’ yang disampaikan oleh Dr Hj Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abd Muluk, Pensyarah/Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

4. Majlis juga diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Penceramah Undangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.