1. Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, PenuntutPenuntut Sekolah Dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 telah diadakan pada hari Khamis, 19 haribulan Zulkaedah 1444 Hijrah bersamaan 08 haribulan Jun 2023 Masehi bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.
2. Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran berkenaan adalah kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam yang telah diadakan pada hari Khamis, 20 haribulan Syawal 1444 Hijrah bersamaan 11 haribulan Mei 2023 Masehi di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.
3. Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran tersebut telah diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan. Hadir memantau di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan; Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
4. Bagi Daerah Belait, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran tersebut telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait. Hadir memantau di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait, PegawaiPegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.
5. Bagi Daerah Tutong, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran tersebut telah diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai. Hadir memantau di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, PegawaiPegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.
6. Bagi Daerah Temburong, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci AlQuran tersebut telah diadakan di Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar. Hadir memantau di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Temburong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, ahli-ahli Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan bagi Tahun 2023 Peringkat Daerah Temburong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, KetuaKetua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.
7. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Majlis Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat. 8. Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, penuntutpenuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam AlQuran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

