Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun Bagi Tahun 2025
Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun Bagi Tahun 2025 Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada 12 haribulan Zuhijjah 1447H bersamaan 30 haribulan Mei 2026M bertempat di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.
Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada 218 warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

