gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Penyampaian Sijil Persaraan Dan Penghargaan Kepada Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Yang Telah Bersara Pada Tahun 2019 2020 Dan 2021

10/10/2022

Majlis Penyampaian Sijil Persaraan dan Penghargaan kepada seramai 370 orang Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya yang telah bersara pada tahun 2019, 2020 dan 2021 telah diadakan pada hari Sabtu, 05 haribulan Rabiulawal 1444 bersamaan dengan 01 haribulan Oktober 2022 bertempat di Dewan Banquet, Dewan Majlis Mesyuarat Negara, Bandar Seri Begawan dan disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.