gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat

10/08/2022

Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diadakan pada hari Selasa, 04 haribulan Muharram 1444 bersamaan dengan 02 haribulan Ogos 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Dr. Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abd Muluk, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.