gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya 1442H/2021M Daerah Brunei Dan Muara

10/08/2022

Khamis, 09 Ramadhan 1442H bersamaan 22 April 2021M jam 5.00 petang bertempat di Masjid Kampong Pintu Malim, Kampong Pintu Malim, Bandar Seri Begawan telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Beserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-labatan Dibawahnya 1442H/2021M.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Seramai 19 orang anak-anak yatim yang bermastautin dikawasan berhampiran Masjid Kampong Pintu Malim menerima sumbangan derma dan diteruskan dengan penyampaian wakaf bagi Masjid Kampong Pintu Malim yang berupa ‘blower angin’ bagi kegunaan Masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong.