1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran pada hari Khamis, 15 haribulan Ramadhan 1444H bersamaan dengan 06 haribulan April 2023 bertempat di Masjid Kampung Lumapas, Mukim Lumapas, Daerah Brunei dan Muara.
2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
3. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku-Pemangku Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara berserta penduduk kampung sekitarnya.
4. Majlis dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa barangan elektrik yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Hassan, Imam Masjid Kampung Lumapas dan derma kepada anak-anak yatim.
5. Majlis diteruskan dengan bertadarus Al-Quran dan Bacaan Tahlil serta Doa Selamat dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Lumapas dan diselajurkan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

