Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1447H/2026M di Daerah Belait telah diadakan pada hari Isnin, 12 haribulan Ramadhan 1447H bersamaan dengan 02 haribulan Mac 2026M bertempat di Masjid Zainab, Lumut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara berserta penduduk kampung sekitarnya.
Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim/Kampung dan pemimpin akar umbi serta menyemarakkan lagi bulan suci Ramadhan.

