gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM

22/05/2025

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Tahun 2024

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Tahun 2024 Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada 24 haribulan Zulkaedah 1446H bersamaan 22 haribulan Mei 2025M bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis Mesyuarat, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada 290 warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.