gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 BAGI TAHUN 2026

08/09/2026

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Bagi Tahun 2026 telah diadakan pada hari Selasa, 24 Zulkaedah 1447H bersamaan 12 Mei 2026M bertempat di Bilik Mesyuarat West Wing, Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Menteri Pendidikan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Bagi Tahun 2026.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Pengiran Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Mesyuarat diteruskan dengan mukadimah alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam ucapan mukadimahnya antara lain memaklumkan bahawa pelantikan PengerusiPengerusi Bersama serta penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan adalah merupakan langkah awal persediaan dan penyelarasan bagi memastikan acara-acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Tahun bagi Tahun 2026 dapat diungkayahkan dengan lebih teratur, lancar dan sempurna, khususnya dari aspek keselamatan, kesejahteraan, kebersihan, keharmonian dan keselesaan Raja yang dicintai serta semua lapisan masyarakat dan penduduk yang terlibat sama dalam musim Perayaan nanti.

Berangkat ke Mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab Bin Haji Md. Said dan wakil kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat-Penasihat Bersama.

Juga hadir ialah Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ; Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Setiausaha TetapSetiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, PemangkuPemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku-Pemangku Pegawai Daerah, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Bagi Tahun 2026.

Antara lain, Yang Berhormat Dato Pengerusi telah mengongsikan tarikh-tarikh bagi acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Bagi Tahun 2026 yang termasuk Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam; Majlis Do’a Kesyukuran, Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Tahlil; Istiadat Barisan Kehormatan; Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata Kepada Anak-Anak Damit Yang Lahir Pada 15 Julai 2026; Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Bagi Daerah-Daerah; Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara; dan Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat turut membincangkan laporan persediaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Bagi Tahun 2026; iaitu, Perhiasan Bandar: Pemasangan ‘Giant Banner’, Kain-Kain Rentang dan Pintu-Pintu Gerbang; Poster Induk; Poster Pengibaran Bendera; Buku Yasin dan Buku Takhtim bagi Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara.