Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Adat Istiadat Negara hari ini telah mengadakan Taklimat mengenai Adat Istiadat bertempat di Dewan Teater, Tingkat 2, Jabatan Adat Istiadat Negara, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi menyampaikan taklimat ini ialah Yang Mulia Awangku Md Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad, Pegawai Adat Istiadat Negara.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai Terasul dan Bahasa Pengganti Diri-Bahasa Dalam dan Susunan Kedudukan Jemputan (Protokol).
Seramai lebih 55 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya menghadiri taklimat ini.

