Laman Utama > Perkhidmatan-Perkhidmatan > Perkhidmatan Hal Ehwal Pengawalan Hiburan Awam > Permohonan Hiburan Awam
Permohonan Hiburan Awam
1. Tujuan Pengawalan
Mengawal aktiviti-aktiviti di tempat-tempat hiburan orang ramai dan membolehkan pihak-pihak berwajib, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah untuk melesenkan tempat-tempat hiburan bagi maksud pengawalan. Hiburan Awam yang dikawal adalah meliputi hiburan-hiburan di mana orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dapat masuk sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran.
2. Pengawalan
- Menurut peruntukkan Akta Hiburan Awam [Penggal 181];
- Garispandu yang dikeluarkan daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan;
- Peraturan-peraturan pentadbiran yang berjalan masa ini;
3. Klasifikasi Hiburan Awam
- Persembahan
Mengandungi muzik, nyanyian, tarian, lakonan, opera, anekaragam, gimnastik, acrobat, pertunjukan, peragaan dan perarakan. - Pameran dan Pertunjukan
Mengandungi bunga api, alatan set, perhiasan, lukisan, pesta kerai’an, gambar-gambar manusia atau binatang, patung dan sarkas. - Pertandingan dan Peraduan
Mengandungi pertandingan sukan, drama, bacaan dan deklamasi. - Khairat
Mengandungi penjualan barang-barang bagi tujuan kebajikan. - Pameran Perdagangan
Mengandungi pameran perdagangan khusus dalam negeri seperti penjualan hasil industri dan bahan sama ada khusus bagi dalam negeri atau luar negeri (bertaraf antarabangsa). - Drama bacaan, deklamasi, kuliah, ceramah, ucapan, perbahasan dan perbincangan.
4. Hiburan Awam yang tidak termasuk dalam Kawalan Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 ialah:
- Hiburan Awam yang diadakan oleh Kerajaan atau manamana Jabatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang dibubuhkan di bawah sebarang Undang-Undang bertulis berkenaan dengan Kerajaan Tempatan (kuasa-kuasa tempatan);
- Istiadat, upacara, perayaan Keugamaan di dalam bangunan;
- Mesyuarat-mesyuarat syarikat awam, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan, pemilik berdaftar atau pertubuhan yang dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar atau pemegang saham sahaja.
