1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter-kaunter bagi permohonan Lesen Establismen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) di Bangunan Design & Technology, Anggerek Desa, Daerah Brunei dan Muara dan kaunter-kaunter permohonan di Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah adalah ditutup bermula 01 Julai 2020.
2. Sehubungan dengan ini, orang ramai yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dalam bidang EKK atau ingin membaharui Lesen EKK bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) dengan melayari Portal OneBiz https://onebiz.business.gov.bn.
3. Maklumat berkaitan dengan proses permohonan Lesen EKK yang baru boleh melayari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri www.moha.gov.bn.
4. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran seperti berikut:-
Jabatan Daerah Brunei dan Muara
2381454
Jabatan Daerah Belait
3334335/6/7 ext. 1111 / 1125
Jabatan Daerah Tutong
4222491 ext. 133
Jabatan Daerah Temburong
5221266/5 ext. 117
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
2232424 ext. 304
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
3330780 ext. 111/313
Jabatan Bandaran Tutong
4221009 ext. 200 / 8117115
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
10 Muharram 1442H /29 Ogos 2020M

