gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Persiapan Majlis Ramah Mesra Di Daerah Temburong

10/08/2022

Latihan penuh persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.

Hadir semasa tinjauan ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021.

Turut hadir semasa tinjauan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Temburong, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun bagi Daerah Temburong.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada 27 Julai depan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong.