Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa Program Bandarku Ceria yang ditiadakan sepanjang bulan Ramadan yang lepas adalah diadakan semula bermula hari Ahad, 15 Syawal 1441 bersamaan 07 Jun 2020.
Walau bagaimanapun, Program Bandarku Ceria masih menangguhkan sebarang aktiviti atau acara yang dijalankan secara berpasukan atau berkumpulan yang melibatkan peserta yang ramai seperti acara larian, walkaton, dan seumpamanya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Manakala, aktiviti riadah yang dilakukan secara individu dan juga aktiviti berjaja adalah berjalan seperti biasa.
Orang ramai yang berhasrat untuk mengunjungi Program Bandarku Ceria adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan penjarakan sosial, kebersihan diri, mengelakkan dari mengunjungi tempat perkumpulan orang ramai dan juga mematuhi nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
-TAMAT-
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
14 Syawal 1441H / 06 Jun 2020M

