Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa Program Bandarku Ceria yang ditiadakan untuk sementara waktu sepanjang bulan Ramadhan adalah diadakan semula bermula hari Ahad, 24 Syawal 1442H bersamaan 06 Jun 2021M.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan semula adalah semua jenis aktiviti Bandarku Ceria termasuk aktiviti riadah dan berjaja di sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Pemancha, Jalan Pretty, Jalan Roberts, dan Jalan Elizabeth II.
Di dalam hubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menasihatkan para penjaja dan orang ramai untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak berkuasa lain di dalam menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan kebersihan diri, memastikan persekitaran sentiasa bersih, dan mengelakkan dari mengunjungi tempat perkumpulan orang ramai jika merasa tidak sihat.
-TAMAT-
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
16 Syawal 1442H / 29 Mei 2021
