Sesi perkongsian bertajuk ‘Setting Future Priorities for ASEAN & Policy Development on Digital Labour Market Intermediaries’ disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Norajimah binti Haji Aji, Penolong Pesuruhjaya Buruh dan Yang Mulia Dk Kiasatina Nurul Aniqah binti Pg Yahya, Penolong Pesuruhjaya Buruh, Jabatan Buruh telah diadakan pada hari Selasa, 22 Zulkaedah 1446H bersamaan 20 Mei 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, anjuran Unit Pembangunan Kapabiliti, Bahagian Pengurusan Strategik dan Pembangunan Kapabiliti.
Objektif sesi perkongsian ini adalah bagi mengongsikan hasil yang diperolehi daripada kursus berkenaan serta cadangan Pelan Tindakan.
Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang terdiri daripada Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

