gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Sumbangan Derma Kepada Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampong Pengiran Bendahara Lama

10/08/2022

Penyerahan derma bagi mangsa kebakaran Kampong Pengiran Bendahara Lama telah diadakan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir bagi menerima sumbangan derma ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampong Pengiran Bendahara Lama.

Sumbangan derma sebanyak $10,019 telah dihulurkan oleh Dewan Perniagaan Cina yang telah disampaikan oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina (Chinese Chambers of Commerce), Malcolm Lim. Turut hadir menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Dengan adanya sumbangan derma ini diharapkan akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang ditimpa musibah kebakaran yang lalu.