Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya khusus bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bertempat di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Taklimat khas ini termasuk Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Prof. Dr. Ali Sayed Abdel Hamed Youseff El-Syimi, Pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).
Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Lebih kurang 210 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya menghadiri taklimat berkenaan.

